Ahad, 17 Januari 2010
Mampukah.....
Ini buat pertama kalinya aku memberanikan diri untuk menulis dalam blog yang sudah 2 bulan ku daftarkan ini...Bukan takut untuk menulis,,,cuma tidak ada apa yang istimewanya untuk dikongsi bersama. Tambahan aku rasa blog inilah boleh dijadikan medan untuk sesiapa sahaja meluahkan perasaan masing-masinh,Sekurang-kurangnya dalam menghilangkan stress masing-masing,
Dah dapat agaklah tu...aku sedang tention....betul. memang aku tention ...awal tahun ini....aku dikejutkan dengan berita pertukaran guru secara besar-besaran akan berlaku dalam daerah masing-masing....dalam hati...alahai......setakat dalam daerah...tak jadi hal la......paling-paling....25km je...
Namun...sekali lagi jantungku....rasa bagai nak tercabut....bila diberitahu bahawa...ada antara guru-guru tersebut akan dihantar keluar daerah.......kalau luar negara tak pe gak....lebih memilukan sekolahku terpaksa menyenaraikan 3 nama ....dan....yang pastinya siapakah 3 nama yang menjadi pilihan para pentadbir..... agak2 siapa yang bakal terpilih....semua berteka-teki..
Aku yang agak perasan ni.....dalam hati.. berkata-kata.....tak kan laaa aku, rasanya aku cukup rajin tahun ni....almaklum mengajar tahun 6, SU upsr lagi....tambah tambah lagi keputusan UPST tahun ni....meletup gitu.,,,,apa taknya daripada 54% leh melonjak 90% kan dasyat tu.
Namun kusangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan....siap tsunami lagi di tengah hari.Berita menyedihkan kuterima bahawa akulah antara calon-calon...jadi pilihan.....lama aku termenung....lama aku menangis...meski pun surat hitam putih belum kuterima.......sudah tercalon pun sudah membuat aku benar-benar terasa terluka....
Aku tercari-cari di mana silapku ini....aku ini insan lemah yang tidak sempurna...mungkin banyak kesilapan yang aku sendiri terlepas pandang...menyebabkan pihak pentadbir sebulat suara memilih makcik tua ni....( 46 tahun takla tua sangat kan)
Bila tahu mungkin akan ditukarkan...aku dapat melihat...siapakah kawan...yang sama-sama menangis...dan siapakah kawan...yang sekadar teman ketawa. yang nama tidak tercalon...anda patut bersyukur...yang tercalon pula..sama-sama kita berdoa akan ada sinar yang manyinari kehidupan...cuma Mampukah aku mengharungi perjalanan jauh itu?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan