Selasa, 6 April 2010

PadaMU aku Berserah

salam, aku bukanlah penulis blog yang baik. Sering kali aku cuba untuk menulis sesuatu di sini, namun ada sahaja batu penghalang. Adakala masa yang begitu mencemburuiku. Adakalanya idea pula yang tidak pernah hadir dalam diriku.

Sebenarnya sejak di sekolah menengah lagi aku bercita-cita untuk menjadi seorang wartawan. Namun apakan daya, Allah menentukan aku menjadi seorang pendidik. Aku bersyukur, dapat mendidik anak bangsa. Malah rasanya aku tidak pernah jemu menjadi pendidik. Aku bahgia dan amat mencintai kerjayaku ini.Semoga aku bisa menjadi seorang guru yang disayangi oleh anak didikku.